Wednesday, December 23, 2009

Bak Kut Teh Halal tidak akan diberi sijil halal

Semalam keluar kenyataan di akhbar yang menyatakan JAKIM tidak akan memberikan sijil halal kepada Bak Kut Teh halal, lama juga penulis tunggu jika ada apa-apa feedback daripada JAKIM dan Alhamdulillah semalam keluar feedback yang semacam itu..
Nampaknya pengetahuan umat islam tentang makanan halal masih di tahap yang lemah,pengusaha sendiri pun yang dah lama berkecimpung dalam dunia makanan pun masih tak faham bagaimana halal yang sebenar yang dikehendaki oleh persijilan halal Malaysia.
Begitu juga isu beer halal dari Iran yang diperkenalkan semasa Mihas pertengahan tahun baru ini, penulis yang kebetulan mewakili syarikat yang penulis jalani latihan praktikal berpeluang untuk melihat dan merasai beer halal tersebut, maklum la bila dah masuk Mihas conform la halal, namun bila dibincangkan semula dengan kawan-kawan,dan hasil dari perbincangan, kami rumuskan yang beer halal tersebut tidak sepatutnya diberi sijil halal.
Nampaknya pihak JAKIM atau HDC perlu lebih keras berusaha untuk memberi kefahaman kepada pengguna tentang kepentingan sijil halal dan cara bagaimana halal diberi, walaupun kita tahu makanan tersebut halal namun jika nama makanan tersebut menyerupai makanan yang haram,pastinya jatuh hukum syubhah,bila dihukumkan syubhah maka seeloknya dijauhkan dari memakan makanan tersebut.
Tahniah kepada JAKIM yang tampil memberi penjelasan, bagi pengguna Islam, pastikan anda berhati-hati memilih makanan, walaupun makanan tersebut halal secara zahirnya,namun terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira untuk memastikan makanan tersebut halal. Rujuklah kepada pakar atau orang yang lebih arif tentang makanan, bukan apa.. corak hidup kita sebenarnya dibentuk oleh makanan kita sendiri, baik makanan kita,maka berkatlah hidup kita.

P/S: bagaimana pula dengan Hot Dog? Halal ke tak tu? Ada pandangan?

Selamat berhijrah - Doakan penulis berjaya ujian bertulis JAKIM 12 JAN 2010 NI ;)