Thursday, December 24, 2009

Perjuangan halal… adakah perlu anda masuk ke lapangan industri halal baru anda boleh berjuang?


Penulis berkesempatan berbincang dengan rakan-rakan ketika berpraktikal di Johor, kami membincangkan tentang hala tuju selepas ini, kebetulan ada seorang sahabat yang terlalu excited untuk berjuang dalam bidang halal ni.sampaikan habis semua artikel pasal halal di Metro dia kumpul.
Beliau berulang kali mengajak penulis berjuang bersamanya dengan buka consultant untuk perundingan halal,namun penulis menolak dengan alasan penulis masih belum mampu dan kurang keyakinan untuk buka syarikat consultant, acapkali beliau mengeluh kerana tiada kawan-kawan yang ingin berjuang dalam bidang halal ini dan termasuk penulis sendiri yang pada pandangan matanya tidak langsung bergerak untuk berjuang.
Entahlah penulis pun tak faham makna berjuang ni,maklumlah di Universiti penulis tak terlibat dengan jemaah, so fikrah berjuang ni kurangla..
Apa pun,penulis dah set my mind, walaupun anda tidak berkecimpung dalam bidang halal (atau belum ada peluang), tapi bila anda dah mempunyai ilmu ni patutnya sebarkanlah ilmu yang anda ada, sabda Nabi: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat..”
Jadi pendekatan yang penulis ambil,berjuang dengan cara anda sendiri, melalui blog,melalui penulisan di media masa,ceramah agama,program bersama orang kampung,hatta jika anda bersembang dengan kawan-kawan ketika dalam kenderaan pun dah dikira berjuang.
Alhamdulillah,penulis diberi peluang oleh Allah untuk berjuang melalui cara tersendiri, dengan slot khas ketika program motivasi bersama syarikat perunding yang terkemuka,memberi peluang kepada penulis dan beberapa orang rakan untuk memberi maklumat kepada remaja muslim mengenai makanan halal.
Feedback yang diterima dari remaja-remaja amat baik, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memilih makanan halal,cukup bagi mereka jika ada tanda halal,maka makanan tersbut halal walaupun yang memasak itu secara terang terangan bukan muslim.Kesimpulan yang penulis buat, setiap lapisan masyarakat amat perlu kepada bimbingan mengenai makanan halal
Terima kasih kepada Abang Kamal dan saudara Ramzee dan saudara Epol,antara orang pertama yang merintis jalan dakwah penulis, tidak lupa juga saudara Hafiz (www.hafizbad.com) dan Tuan Haji Fadzli bin Yusuf (www.fadzliyusof.com) pakar motivasi dan pemilik Global Genius Consultant Sdn Bhd yang memberi peluang penulis terlibat dengan program motivasi anjuran syarikat secara part-time, juga kepada sahabat-sahabat yang membantu; Ustaz Meor Hilmi, Ustaz Faizal Mukhtaruddin dan saudari Siti Nurhanis. Tanpa kalian, penulis mungkin ada di rumah sekarang ni bercuti tanpa kerja !
Kepada rakan-rakan seperjuangan.. teruskan usaha anda,walaupun ada di antara kita yang masih terawang-awang terkapai-kapai (termasuk penulis) mencari kerja tetap,niatkan di hati niat murni anda,insyaALLAH Allah akan membantu kita. Ameen..

Wednesday, December 23, 2009

Bak Kut Teh Halal tidak akan diberi sijil halal

Semalam keluar kenyataan di akhbar yang menyatakan JAKIM tidak akan memberikan sijil halal kepada Bak Kut Teh halal, lama juga penulis tunggu jika ada apa-apa feedback daripada JAKIM dan Alhamdulillah semalam keluar feedback yang semacam itu..
Nampaknya pengetahuan umat islam tentang makanan halal masih di tahap yang lemah,pengusaha sendiri pun yang dah lama berkecimpung dalam dunia makanan pun masih tak faham bagaimana halal yang sebenar yang dikehendaki oleh persijilan halal Malaysia.
Begitu juga isu beer halal dari Iran yang diperkenalkan semasa Mihas pertengahan tahun baru ini, penulis yang kebetulan mewakili syarikat yang penulis jalani latihan praktikal berpeluang untuk melihat dan merasai beer halal tersebut, maklum la bila dah masuk Mihas conform la halal, namun bila dibincangkan semula dengan kawan-kawan,dan hasil dari perbincangan, kami rumuskan yang beer halal tersebut tidak sepatutnya diberi sijil halal.
Nampaknya pihak JAKIM atau HDC perlu lebih keras berusaha untuk memberi kefahaman kepada pengguna tentang kepentingan sijil halal dan cara bagaimana halal diberi, walaupun kita tahu makanan tersebut halal namun jika nama makanan tersebut menyerupai makanan yang haram,pastinya jatuh hukum syubhah,bila dihukumkan syubhah maka seeloknya dijauhkan dari memakan makanan tersebut.
Tahniah kepada JAKIM yang tampil memberi penjelasan, bagi pengguna Islam, pastikan anda berhati-hati memilih makanan, walaupun makanan tersebut halal secara zahirnya,namun terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira untuk memastikan makanan tersebut halal. Rujuklah kepada pakar atau orang yang lebih arif tentang makanan, bukan apa.. corak hidup kita sebenarnya dibentuk oleh makanan kita sendiri, baik makanan kita,maka berkatlah hidup kita.

P/S: bagaimana pula dengan Hot Dog? Halal ke tak tu? Ada pandangan?

Selamat berhijrah - Doakan penulis berjaya ujian bertulis JAKIM 12 JAN 2010 NI ;)

Monday, November 2, 2009

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Sunday, August 30, 2009

SEANDAINYA AL-QURAN BISA BERBICARA

Kitab Suci Al Qur’an adalah namaku
Aku buku kitab yang dicetak dengan sangat cantik
untuk tahu tentang aku ada beberapa petunjuk
Aku diberi sampul mewah nan indah.

Aku pasti ada di setiap rumah orang muslim
tapi,
di dalam hati setiap muslim aku jarang ditemui.
Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.
Dibiarkan disana, aku tertinggal dan dilupakan.
Terkadang aku diletakkan ditempat-tempat kotor, katanya untuk mengusir hantu dan jin.Dan disana juga aku dibiarkan, tertinggal dan dilupakan.
Dengan penuh hormat aku banyak dicium setiap kali selesai dibaca.
Tapi,
Pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu terlupakan
Mereka mengabaikan pesan yang ada padaku.
Ada kalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu,
Kegunaanku yang sebenarnya sangat sangat jarang diperhatikan
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku.
Jadi seharusnya bacalah aku, pelajarilah aku,
Perhatikan apa yang harus aku katakan untukmu.
Aku punya hukum
Aku punya kebijaksanaan
Aku punya sesuatu yang sangat berharga
Dan banyak yang aku punya yang tak bisa kau hitung.
Akulah sang juru penyelamatmu
Akulah penuntunmu
Aku diturunkan dari Allah Sang Pencipta Alam Semesta
Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW,
dan dipertahankannya dengan air mata dan darah.
Memperingatkan kebenaran adalah kemahsyuranku.
Maka bacalah aku, pelajarilah aku, dan sampaikan isi yang ada padaku.
Karena,
Al Qur’an Al Karim adalah namaku.
“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam, yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.”
(QS. 25 Al Furqan: 1-2)
Kamu boleh tidak peduli pada hal ini.
Silakan kirim banyak kelakar yang kamu mau.
Tapi demi Allah, Qur’an adalah persaksian untukmu di Hari Akhir nanti.
Jika peringatanku berguna, sebarkan kepada semua yang kau mau.
Jazakallah!

http://mcmlc.multiply.com/journal

Tuesday, August 18, 2009

Hadis: setiap orang adalah pemimpin

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Muttafaq 'alaih)

Friday, July 31, 2009

Hadis: meninggalkan sesuatu yang diragukan

Daripada al-Hasan bin Ali r.a., katanya, saya hafal sesuatu sabda dari Rasulullah s.a.w.:
"Tinggalkanlah apa-apa yang meragu-ragukan padamu, beralih kepada apa-apa yang tidak meragu-ragukan padamu."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Tuesday, July 28, 2009

Kelebihan Menjadi Orang Kaya

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Orang-orang yang berharta banyak itu pergi dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal."

Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa demikian?"

Mereka menjawab: "Kerana mereka dapat bersolat seperti kami, mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah, sedangkan kita tidak dapat bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan dan kita tidak dapat memerdekakan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorang pun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?"

Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."

Beliau kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih (Subhanallah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai bersembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali masing-masing. "

Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh sebab itu mereka pun mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang dlkurniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki. "

(Muttafaq 'alaih)

Kewajipan menyampaikan ilmu

Dari Abdullah bin Amr R.A. sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda: “ Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah menegnai bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa” Riwayat Al-Bukhari

Tuesday, July 21, 2009

Harta sebenar seorang manusia

Daripada Abdullah bin as-Sikhkhir r.a., bahawasanya ia berkata, saya datang kepada Nabi s.a.w. dan beliau sedang membaca ayat (yang ertinya) "Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyakkan kekayaan." (Surah At-Takaathur, Ayat 1)

Lalu beliau bersabda, "Anak Adam itu berkata, 'Hartaku, hartaku!'. Padahal harta yang benar-benar menjadi milikmu itu, hai anak Adam, ialah apa-apa yang engkau makan lalu engkau habiskan, apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau rosakkan atau apa-apa yang engkau sedekahkan lalu engkau lampaukan"

(Riwayat Muslim)

Monday, July 20, 2009

Tujuh macam orang yang dinaungi Allah

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

Sunday, July 19, 2009

HUKUM MELAKUKAN SAMAK NAJIS MUGHALAZAH MENGGUNAKAN SABUN TAHARAH

DEFINISI SAMAK
Dalam Bahasa Arab disebut sebagai Dibagh bermaksud pensuci mengikut pandangan Mazhab Syafie.
 Mengikut ahli fiqh, samak dan perlaksanaannya dapat dibahagikan kepada samak terhadap kulit binatang iaitu selain binatang yang diharamkan, peralatan dan perkakasan dan terhadap sesuatu yang bersentuhan dengan najis mughallazah.
DALIL SAMAK
 Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Rasullullah SAW pernah bersabda : sucinya bekas salah seorang diantara kamu, jika ada anjing minum di dalamnya, hendaklah membasuhnya 7kali, salah satunya dengan debu.”
 Dari Ibn Mughaffal, ia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”
HUKUM MENYAMAK
 Untuk menyucikan najis mughallazah wujud empat pendapat mazhab seperti berikut :
 Al-Syafiiah dan Hanabilah berpendapat wajib dibasuh tempat yang terkena najis mughallazah sebanyak tujuh kali dan salah satu daripadanya dengan tanah dan tidak memadai tanah tersebut diganti dengan benda lain selain dari sabun, Ushnan dsb kerana perintah utk membasuh dgn tanah adalah perintah ta’abbudi.
 Selain itu, pendapat lain dalam mazhab syafii menyatakan gantian tanah adalah memadai jika tiada tanah atau dikhuatiri tanah akan menyebabkan kerosakan pada peralatan atau pakaian .
 Malikiah berpendapat disunatkan membasuh bekas yang terkena najis mughallazah sebanyak tujuh kali tetapi tidak wajib menggunakan tanah.
 Hanafiah pula berpendapat wajib dibasuh tiga kali, lima kali atau tujuh kali.
 Sebagai kesimpulannya para fuqaha tidak sependapat dalam mewajibkan penggunaan tanah semasa proses menyamak najis mughallazah.
 Bagaimanapun, terdapat pendapat lain yang mengharuskan penggunaan bahan alternatif lain seumpama tanah sebagai ganti penggunaan tanah.
 Tanah dicampur dengan benda asing tidak menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.
Pendapat Mufti/Fatwa Negeri mengenai sabun taharah
 Beberapa Jabatan Mufti Negeri seperti Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, PPIM dan YADIM telah mengesahkan penggunaan sabun taharah untuk tujuan samak kerana mereka mendakwa terdapat 90% tanah liat.
 Walaubagaimanapun, Jabatan Mufti negeri-negeri berbeza pendapat tentang kandungan tanah yang terdapat dalam sabun Taharah tersebut.
 Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mendakwa hanya 5% sahaja kandungan tanah pada sabun tersebut, maka mereka tidak bersetuju sabun ini digunakan sebagai bahan samak.
 Manakala Majlis Fatwa Negeri Selangor memutuskan tidak sah digunakan untuk bersuci atau menyamak kerana syarat sah bersuci adalah menggunakan tanah liat 100%.
 Akibat daripada perbezaan pendapat antara negeri-negeri dalam melaksanakan fatwa tentang hal ini maka diajukan persoalan tersebut kepada Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 76
 Tarikh : 21 - 23 November 2006
 Keputusan Muzakarah :
" Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

Wednesday, June 3, 2009

Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Dato' Mursyid DiRaja)

Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Dato' Mursyid DiRaja)




Dato' Paduka Syeikh Abd. Majid bin Mohd. Noor dilahirkan pada 12 Februari 1924 di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Alor Star pada tahun 1930 selama tiga tahun. Kemudian, beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Suka Menanti pada tahun 1935 dan seterusnya di Maktab Mahmud selama lapan tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah B.A. di sana. Pada tahun 1955, beliau melanjutkan pengajiannya di Institusi Ain al-Syam dalam bidang perguruan.

Kerjaya :

* Guru bahasa Arab, Maktab Mahmud (1945-1965)
* Pemangku Pengetua, Maktab Mahmud (1961)
* Pengetua Maktab Mahmud (1965)
* Pendaftar Sekolah-sekolah Agama, Majlis Hal Ehwal Agama Islam (1969)
* Penasihat Lembaga Urusan dan Tabung Haji (1980an)
* Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji
* Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud
* Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM)
* Hakim pertandingan tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan
* Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
* Yang DiPertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah
* Ahli Majlis Agama Islam Kedah
* Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah
* Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kedah
* Yang DiPertua Persatuan Ulama Kedah (1980-1984)
* Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah (1980-1984)
* Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (1979-1986)


Beliau pernah dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam.
Antara hasil karya beliau ialah, Risalah Sembahyang Terawih dan Sembahyang Musafir, Jamak dan Qasar. Beliau juga menyusun kurikulum Sekolah-sekolah Rendah di Kedah. Dato' Paduka Syeikh Abd. Majid bukan sahaja dikenali sebagai tokoh dalam bidang agama tetapi juga tokoh pendidik yang disegani serta seorang yang warak dan lemah lembut tetapi tegas dalam soal berkaitan agama.

Sebagai mengenang sumbangan dan jasa bakti dalam bidang yang beliau ceburi, pelbagai pingat dan darjah kebesaran telah dianugerahkan oleh kerajaan, antaranya ialah D.H.M.S yang membawa gelaran Dato' Paduka, D.P.M.K, S.M.K., P.C.K., Dato' Setia Jaya dan Dato' Mursyid DiRaja (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Kedah pada tahun 1986, Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun 1987 dan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1998.

Tuesday, April 14, 2009

types of malaysian standards

1)specifications
2) method of sampling,testing,measuring
3)code of practice,guides,recommendations
4)terminology
5)classification/grading

3 objektif of standard

1)maintainance
2)import export (facilitate trade)
3) ensure quality

Proses Audit VHM

terdiri dari 5 skop

1) premis
2) pekerja
3) proses
4) produk
5) prosedur

Cara-cara untuk mendapatkan persijilan VHM?

1- Isi borang dan hantar kpd perkhidmatan veterinar
2- sediakan dokumnen berkaitan yg terdiri drpd;
- manual quality,sijil GMP,GHP,HACCP,PRP dan laporan audit

Saturday, April 11, 2009

Elemen-elemen dlm GMP

terdapat 8 elemen dalam GMP,antaranya ialah:
1) Penubuhan: Bangunan dan kemudahan
i)lokasi- syrat: tanah berstatus industri,jauh dr sumber pencemaran industri,kwsan yg serinda dilanda banjir hendaklah dielakkan
ii) premis :perkara berikut mesti diambil kira; mesti asing kwsn basah dan kering,keperluan suhu yg berbeza dan risiko pencemaran produk (tinggi,sederhana,rendah),aliran proses penerimaan bahan metah hendklah dielakkan drpd berlaku cross crossing.
iii) kemudahan ; pencahayaan,bekalan air,penyimpanan: dibina utk membenarkan penyeleggaran dan pembersihan y mencukupi,sera elakkan kemasukan haiwan makhluk perosak
1V) Kemudahan sanitasi: sinki,tandas,blik persalinan
v)peralatan dan perkakasan

2) kawalan pengoperasian: amalan dan prosedur
- keperluan bahan mentah
- penerimaan dan penyimpanan bahan mentah
- aspek utama siatem kawalan pengoperasian
- operasi pembungkusan
- air,ais dan stim,
-verifikasi terhadap produk akhir
- recall produk

3) penyelenggaraan dan sanitasi
4)Pekerja
5)Pengangkutan dan pengedaran
6) Penngesanan
7)Pemeriksaan dalaman
8)latihan

Friday, April 10, 2009

Bagaimana penguatkuasaan dilakukan?

terdapat 3 jenis kesalahan yg membolehkan penguatkuasaan oleh pihak HDC:
1) kecil-kesalahn teknikal cth premis kotor,pekerja tak amal SSOP,tiada pest control, gagal kemuka dokumen yg dikehendaki TINDAKAN: amaran dan pembetulan dlm masa 14 hari.
2) besar- kesalahan teknikal cth tiada pekerja muslim (sekurang-kurang 2 org), pemalsuan sijil halal HDC,memberi pinjam sijil halal HDC kepada syarikat lain.menukar dan ubah bahan ramuan tanpa pengetahuan HDC.mempamerkan sijil halal yg tamat tempoh. TINDAKAN: notis pengantungan sijil dan sijil halal digantung. laporan dibentangkan didlm panel pengesahan halal.

3) serius - kesalahn teknikal dan syariah cth kesalahn teknikal : penyembelih dan checker takda sijil tauliah,perpindahan premis tanpa pengetahuan HDC,alat kejutan elektrik di kawal oleh pekerja bukan muslim. kesalahn syariah: guna ramuan haram dalam proses pembuatan,peralatan bercampur aduk dgn yg haram,alat stunning sehingga mati haiwan tsbt.TINDAKAN: tarik sijil serta merta,tindakan undang-undang dikenakan dan sykt kena blacklist.

antara jenis pemantauan yg dilakukan oleh pihak HDC ialah:

i) berkala- aktiviti pemantauan yg dilakukan kpd pemegang sijil halal HDC
ii)Aduan - bersama agensi penguatkuasaan
iii) susulan - memastikan tindakan telah diambil

Persatuan Perunding Produk Halal kini berada di landasan

alhamdulillah..setelah berbagai rintangan yang dilalui..maka akhirnya Persatuan Perunding Halal Malaysia dapat ditubuhkan dengan terlantiknya AJK penaja maka usaha-usaha untuk mendaftarkan persatuan secara legal akan diteruskan...
perkembangan setakat ini dengan aktiviti penggubalan undang-undang persatuan di mana pihak MT telah bertungkus lumus dlm menyiapkan asas persatuan yg akan digunakan sebagai panduan pada masa hadapan.

Monday, March 30, 2009

GMP,GHP,PRP

Good manufacturing practices,good hygiene practice dan pre requisite programme amat penting dalam memastikan keselamatan pekerja dan makanan. sebelum HACCP diaplikasikan,setiap elemen ini perlu di applykan terlebih dahulu..GMP,GHP,PRP lebih fokus kepada general hygiene food,staff dan equipment manakala HACCP lebh fokus kepada pengawalan critical control point didalam food.

7 HACCP principles

1-conduct a Hazard analysis- menjalankan analisis bahaya
2-determine the CCP- menetukan titik kawaln kritikal
3-establish the critical limit-mewujudkan had kritikal bagi setiap CCP
4- establish the system to monitor and control CCP
5-Establish the corrective action- mewujudkan tindakan pembetulan
6- Establish the procedure for verification- mewujudkan procedur pengesahan
7-establish records and documentation

Saturday, March 28, 2009

As Syahiid Sheikh Ahmad Yassin Kekal di Memori

Sheikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama Al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Beliau telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin,beliau dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, dimana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti Islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke penghujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan Islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat Islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai "Al-Mujahidun Al-Filastiniyyun" pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan "Kataib Syuyukh" yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak menghalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memiliki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO (Palestine Liberation Organization) dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Sheikh Ahmad Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan Islam yang dikenali sebagai HAMAS (Harakah Al Muqawamah Al Islamiyyah ) pada tahun 1987.

HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama "Atfal Hijarah"(Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai "Intifadah". Kesan dari "Intifadah" ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16/10/ 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Sheikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga hilang penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Sheikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh beserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Sheikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Sheikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Sheikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Sheikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat Palestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagai usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Sheikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilamana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Sheikh Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Sheikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Sheikh yang lumpuh itu telah mengorbankan Sheikh Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Walaupun Sheikh Ahmad Yassin telah tiada untuk membangkitkan semangat jihad, namun beliau telah meninggal roh jihadnya buat para pejuang yang cintakan Islam dan mahukan bumi Palestin dibebaskan.



Sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Thursday, March 19, 2009

Hadis-Biar sedikit tetapi Halal

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w berdiri lalu baginda berpidato kepada orang ramai. Sabda baginda:”Demi Allah! Tidak ada yang aku khuatirkan terhadap kamu sekelian melainkan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada kamu sebagai perhiasan dunia.” Lalu seorang lelaki bertanya:”ya Rasulullah! Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana? “ Mendengar pertanyaan itu, Rasulullah s.a.w diam seketika, kemudian baginda bertanya kembali:”Apakah yang kamu tanyakan?”Orang itu mengulangi pertanyaannya:”Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana?” Jawab Rasulullah s.a.w Sesungguhnya sesuatu yang baik itu memang mendatangkan kebaikan. Tetapi apa yang kelihatan baik belum tentu selamanya baik. Rumput yang tumbuh di musim hujan, tiba-tiba dapat membunuh binatang ternak atau membinasakannya. Melainkan bagi yang memakannya hanya sampai kenyang, sesudah itu ia berhenti, lalu menghadap ke arah matahari, berak atau kencing, sesudah itu barulah dia makan kembali. Sesiapa yang mendapat harta dengan jalan halal, dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang memperolehinya dengan jalan yang tidak halal, maka contohnya seperti orang yang makan yang tidak pernah merasa kenyang.”- Riwayat Muslim