Sejarah


Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat ditubuhkan pada 1 Januari 1987. Seramai 202 murid mula mendaftarkan diri pada hari pertama persekolahan (103 lelaki dan 99 perempuan).  Sebelum itu sekolah ini merupakan cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor di mana ia digunakan sejak tahun 1964 lagi.  Ketika itu hanya terdapat 4 bilik darjah sahaja.  Bangunan asal telah dirasmikan pada 28 Julai 1965 oleh  YB Encik Mohd. Khir bin Johari selaku Menteri Pelajaran ketika itu.

Berikutan pertambahan penduduk di kawasan sekitar, sebuah bangunan baru 3 tingkat telah didirikan pada Mac 1988 dan mula digunakan pada 22 Januari 1989.  Bangunan ini dilengkapi dengan 7 bilik darjah,   1 perpustakaan, 1 bilik tayang, surau, pejabat pentadbiran, bilik guru, tandas guru, bilik wuduk dan setor. Pada tahun 2000 sebuah makmal komputer didirikan. Manakala pada tahun 2008, sebuah lagi bangunan 3 tingkat didirikan menempatkan 5 bilik darjah, pejabat, surau, bengkel kemahiran hidup, bilik guru dan bilik mesyuarat.

Musolla Al-Imtiyaz pula secara rasminya berada di bangunan sekarang pada tahun 2008. Dimana pada ketika itu Guru Besar ialah Tuan Haji Ramli bin Haji Awang. Musolla ini mempunyai sejarah yang panjang dimana kedudukan musolla ini sentiasa berubah-ubah berikutan ruang sekolah yang tidak mencukupi. 

Dikisahkan sekitar tahun 2000 dan sebelumnya musolla ini berada di bangunan B tingkat tiga yang kini telah dijadikan sebagai kelas 3 Maju. Oleh kerana itu. terdapat bilik wudhu' di hujung kelas tersebut yang kini dibaik pulih dan digunakan untuk pelajar berwudhu' sebelum membaca Al-Quran ketika sesi tasmik dan BIG.

Kemudiannya pada tahun 2002, ianya berpindah ke bangunan persendirian di tepi bangunan A sehinggalah bangunan tersebut diubahsuai menjadi Pra Sekolah Ilmu. Selepas itu Musolla Al-Imtiyaz berpindah ke bangunan A di kelas pemulihan sekarang dan terus berpindah randah solat di kawasan pentas, pondok bacaan dan tempat-tempat lain sehinggalah ianya ditempatkan di bangunan sekarang.

Pihak sekolah amat berharap agar suatu hari nanti Musolla Al-Imtiyaz dapat mempunyai bangunan surau sendiri yang dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Jumlah pelajar yang lebih daripada 700 ini tidak dapat ditampung oleh musolla sedia ada yang hanya dapat memuatkan maksimum 60 orang pelajar sahaja.