Wednesday, July 19, 2017

Musolla al-Imtiyaz : Persediaan menerima lawatan panel penilai daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang


Musolla al-Imtiyaz bakal menerima lawatan daripada panel penilai daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang bersempena dengan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Pelbagai persediaan telah dilakukan dan telah dibantu oleh semua warga sekolah bermula daripada pekerja am,staf sokongan, guru-guru, barisan pentadbir yang cukup komited dan juga murid-murid. InsyaAllah semoga dengan usaha ini mampu menarik minat anak-anak SKKS untuk mendekatkan diri dengan surau dan sekaligus dapat beribadah dengan sempurna.


InsyaAllah SKKS Boleh!!









Thursday, June 22, 2017

Majlis Khatam Al-Quran 2017 dan Sumbangan Hari Raya



22 Jun 2017 - Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam bersama-sama Musolla Al-Imtiyaz berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran sempena Bulan Penghayatan Islam dan Ihya Ramadhan. 
Majlis diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh adik Fudhla Ruhie, wakil Tilawah Al-Quran Pulau Pinang, dan juga ceramah di ambang Syawal yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yunus bin Yusuf.












Thursday, June 15, 2017

Lawatan Penilaian Musolla Imarah oleh PPD Utara


14 Jun 2017 - Musolla al-Imtiyaz telah menerima lawatan penilaian oleh panel penilai dari PPD Utara yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli, Penolong Pegawai PPD SPU. Penilaian merangkumi aspek fizikal, aktiviti, sistem fail dan juga program inovasi. Pelbagai teguran dan cadangan telah dikongsikan oleh pihak penilai dan ianya sedang dan akan diambil tindakan oleh pihak panitia. Diharap Musolla Al-Imtiyaz dapat mewakili daerah Utara dalam kategori Musolla Sekolah Rendah untuk Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah 2017 







Thursday, March 9, 2017

Sembelihan Menurut Syarak


Sedikit perkongsian mengenai sembelihan yang boleh dikongsi bersama:








Wednesday, February 8, 2017

*HIKMAH SAKIT*



Allah SWT berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ  ۗ  وَبَشِّرِ الصّٰبِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" - (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 155)

مَآ أَصَابَ مِنْ مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ  ۗ  وَمَنْ يُؤْمِنۢ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۥ   ۚ  وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." - (QS. At-Taghabun 64: Ayat 11)

Himpunan sebahagian hadis:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. - (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

Semoga bermanfaat, wallahua'lam.