Monday, August 30, 2010

Analisis Ringkas MS2400:2010

Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline Assurance (H-TAP) system MS2400:2010 didatangkan dengan 3 pakej, pakej yang pertama untuk logistics kedua warehouse dan yang ketiga retailing, penulis lebih suka untuk focus kepada logistics dan warehouse kerana penulis bertapak didalam bidang ini. Bagi pendapat penulis agak susah untuk dapatkan persijilan ini terutama untuk logistic.

H-TAP mempunyai keunikan yang tersendiri walaupun jika dikaji ia seakan-akan meminjam modul HACCP (Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal).Rangka sistem yang digunakan seperti Halalan-Toyyiban Risk Management System sama seperti HACCP Cuma ia diubah dan disesuaikan selari dengan hidangan yang ingin dihasilkan = Halalan-Toyyiban .



Jika berpandukan rajah di atas yang dipetik dari standard MS 2400:2010, H-TAP menggabungkan elemen-elemen seperti Management Standard MS 1900,Product Standard MS 1500 (Halal) dan Value Standard (MS 2300) ke dalam system pengurusan sesebuah syarikat, dan hal ini amat menarik jika syarikat tersebut bercadang untuk mengislamisasikan system pengurusan syarikat tersebut.

Bagaimana?

Pihak yang ingin mengaplikasikan system ini perlu mengenalpasti titik-titik kawalan kritikal Halal-Toyyiban di dalam setiap proses flow. Jika warehouse, proses bermula daripada collection,inbound,storage dan outbound perlu diambil kira, begitu juga dengan logistics, anda perlu mengenal pasti setiap process akan kemungkinan yang akan berlaku cross-contamination. Contohnya proses yang kemungkinan dikenalpasti sebagai titik kawalan ialah ketika unloading, sewaktu unloading, kemungkinan barang-barang yang masuk adalah tidak halal, oleh itu tempat tersebut perlu dikira sebagai HCP.

HCP

Halal-Toyyiban Critical Control Point,akronimnya HCP, dengan pengenalpastian titik kawalan kritikal ia membolehkan anda mencegah,mengawal dan menentukan tindakan-tindakan yang perlu dan sesuai untuk mengelakkan daripada berlakunya cross contamination.

Halal dan Toyyiba.

Terdapat 2 elemen yang perlu diambil kira ketika pengenalpastian HCP, yang pertama dari aspek halal yang ni tidak ada pencampuran antara halal dan haram dan yang kedua dari aspek kebersihan,hygiene dan keselamatan makanan itu atau dalam erti kata lain HACCP . Jadi yang menariknya dengan pengaplikasian standard ini,pihak syarikat pada masa yang sama boleh mengaplikasikan sistem HACCP.menarik bukan?

Konsep halalan-Toyyiban amat menarik sekali untuk diketengahkan.Namun demikian, halal bukan hanya semata-mata berdasarkan zat/jisim produk atau makanan tersebut semata-mata. Penulis tertarik dengan definasi yang diberikan oleh Tuan Haji Ahmad Tajuddin Arshad,melalui bukunya yang bertajuk Halalan-Toyyiban, definasi yang dapat penulis simpulkan mengenai Thoyyiba ialah makanan yang halal yang baik,menyihatkan dan menguatkan tubuh badan sehingga ada kekuatan untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. wallahu’alam