Tuesday, November 10, 2015

Alhamdulillah! Tahniah SKKS


Alhamdulillah..berkat usaha semua pihak, SK Kampong Selamat berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan anugerah Surau Imarah 2015 kategori Musolla Sekolah Rendah. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kesinambungan dakwah oleh warga SK Kampong Selamat

Tuesday, August 11, 2015

Tahniah SKKS! JK Persiapan Tempat MISS Kebangsaan 2015

Alhamdulillah, telah selesai program MISS Peringkat Kebangsaan 2015 yang secara rasminya tamat semalam. Tahniah diucapkan kepada SKKS kerana terlibat secara langsung sebagai JK persiapan tempat. Terima kasih kepada Puan Guru Besar, Puan Masita,Ustazah Hamidah,Ustazah Hani Nasirah,Ustazah AinilHayath,Ustazah Sumaiyah, Ustazah Solehah dan Ustaz Khairul Jamil atas sumbangan tenaga yang diberikan. Jazakumullahu khairan jaza'











Thursday, August 6, 2015

Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan

Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan. Program yang lebih dikenali dengan singkatan MISS ini menghimpunkan lebih 300 perserta daripada seluruh negara yang mana mereka berkumpul untuk bertanding di dalam pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan banyak lagi. Orang ramai juga boleh berkunjung ke Ekspo Pendidikan Islam sempena MISS 2015 yang diadakan di SMKA Al-Irsyad, Pokok Sena, Kepala Batas Pulau Pinang bermula 7-10 Ogos 2015. Pertandingan mewarna, master chef, boling padang, futsal, horse ridingSoopa doopa, Pasar Kemboja, jualan makanan dan minuman, Forum Perdana, Konsert Nasyid dan banyak lagi. Jom ramai-ramai kita memeriahkan suasana, membeli sambil beramal.








Saturday, July 25, 2015

Lawatan Pemantauan Oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah SPU


Khamis 23 Julai 2015 - Musolla Al-Imtiyaz telah dikunjungi oleh dua orang pegawai dari PPD SPU untuk pemantauan Pertandingan Surau Imarah 2015 . Secara keseluruhannya, pihak PPD berpuas hati dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah . Walaubagaimanapun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sebagai persediaan untuk ke peringkat seterusnya. InsyaAllah doakan semoga Musolla Al-Imtiyaz berjaya mewakili daerah SPU untuk ke peringkat negeri.








Friday, May 29, 2015

Program Menyemak Arah Kiblat bersempena peristiwa Istiwa' A'zam

Peristiwa Istiwa Agung (Istiwa' A'zam) merupakan salah satu peristiwa dimana matahari berada di atas titik zenith kaabah. Peristiwa ini berlaku sebanyak 2 kali setahun dan peluang ini diambil oleh orang islam untuk menyemak arah kiblat masing-masing.Untuk tahun ini,peristiwa ini berlaku pada 28 Mei 2015 tepat pada jam 5.16 ptg. Oleh itu, pihak surau Al Imtiyaz SKKS mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada beberapa murid SKKS tentang peristiwa ini. Walaubagaimanapun cuaca tidak mengizinkan untuk menyemak arah kiblat, namun sedikit sebanyak ilmu dan panduan yang diberikan dapat diamalkan pada masa depan. InsyaAllah moga diberi peluang untuk menyemak arah kiblat pada peristiwa kali kedua yang akan berlaku pada 16 Julai 2015 jam 5.28 ptg.




Monday, March 16, 2015

Projek Mural @ Tempat Wudhu'

Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang bertungkus lumus menyiapkan mural di tempat wudhu di hadapan surau. Lukisan mural yang cantik ini di hasilkan oleh guru-guru yang diketuai oleh Puan Zulidia, Puan Norziyati, Puan Hjh Norhayati Abu Bakar dan juga guru-guru lain yang turun membantu. Terima kasih di ucapkan!







Projek Membina Wakaf di hadapan Surau Al-Imtiyaz

Pihak sekolah dengan inisiatif  Puan Guru Besar telah memulakan proses membina wakaf untuk kegunaan pelajar-pelajar.  Kedudukannya yang strategik di hadapan surau membolehkan suasana pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dapat dilakukan di kawasan ini apabila siap kelak. Terima kasih kepada guru-guru yang membantu terutama En. Abd Rashid, En.Mohd Zamri, Ustaz Khairol Jamil, En Rizal, En. Mohd Ayob dan juga guru lain yang memberi sumbangan dari segi tenaga dan material.







Thursday, February 19, 2015

Gotong Royong Surau Imtiyaz


18 Feb 2015 - Hari Rabu yang lalu satu sesi gotong royong Surau Al-Imtiyaz telah diadakan bersama-sama guru-guru dan juga staf sekolah. Pelbagai aktiviti 'mengemas' telah dijalankan seperti mengecat surau, memasang komputer, membuat mural di tempat wudhu' surau, mengemaskini papan info dan juga beberapa aktiviti lain. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi nafas baru kepada Surau Imtiyaz dan juga kawasan persekitarannya. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen dan sokongan .












Monday, February 16, 2015

Doa Sempena Majlis Perlantikan Pengawas 2015

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perlantikan Pengawas SK Kampong Selamat Sesi 2015 pada pagi ini.

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya..

Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak-anak barisan pengawas  yang dilantik ini, akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini .

Jadikanlah mereka, pengawas yang amanah dalam menjalankan tugas,menghormati guru dan ibu bapa, mempunyai akhlak yang baik,disenangi oleh rakan-rakan juga disayangi guru-guru.Sekaligus mampu menjadi teladan yang baik kepada masyarakat dan agama.

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْ                      

Tuesday, February 10, 2015

Mesyuarat Kali Pertama Program Imarah Surau 2015

Pada 9 Februari yang lalu, pihak pentadbiran bersama-sama dengan AJK MAKDIS dan beberapa guru yang terpilih telah mengadakan mesyuarat kali pertama untuk Program Imarah Surau 2015. Tujuan diadakan mesyuarat ini adalah untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti dan perjalanan aktiviti imarah surau pada tahun ini. Beberapa pembaharuan telah dicadangkan antaranya seperti memasang penghadang di dalam surau dan juga di kawasan wudhu', meletakkan komputer di dalam surau, mewujudkan beberapa sudut baru didalam surau dan beberapa aktiviti lain. Pihak pentadbiran juga berharap SKKS dapat memenangi pertandingan Imarah Surau pada tahun ini.