Monday, August 30, 2010

Analisis Ringkas MS2400:2010

Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline Assurance (H-TAP) system MS2400:2010 didatangkan dengan 3 pakej, pakej yang pertama untuk logistics kedua warehouse dan yang ketiga retailing, penulis lebih suka untuk focus kepada logistics dan warehouse kerana penulis bertapak didalam bidang ini. Bagi pendapat penulis agak susah untuk dapatkan persijilan ini terutama untuk logistic.

H-TAP mempunyai keunikan yang tersendiri walaupun jika dikaji ia seakan-akan meminjam modul HACCP (Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal).Rangka sistem yang digunakan seperti Halalan-Toyyiban Risk Management System sama seperti HACCP Cuma ia diubah dan disesuaikan selari dengan hidangan yang ingin dihasilkan = Halalan-Toyyiban .



Jika berpandukan rajah di atas yang dipetik dari standard MS 2400:2010, H-TAP menggabungkan elemen-elemen seperti Management Standard MS 1900,Product Standard MS 1500 (Halal) dan Value Standard (MS 2300) ke dalam system pengurusan sesebuah syarikat, dan hal ini amat menarik jika syarikat tersebut bercadang untuk mengislamisasikan system pengurusan syarikat tersebut.

Bagaimana?

Pihak yang ingin mengaplikasikan system ini perlu mengenalpasti titik-titik kawalan kritikal Halal-Toyyiban di dalam setiap proses flow. Jika warehouse, proses bermula daripada collection,inbound,storage dan outbound perlu diambil kira, begitu juga dengan logistics, anda perlu mengenal pasti setiap process akan kemungkinan yang akan berlaku cross-contamination. Contohnya proses yang kemungkinan dikenalpasti sebagai titik kawalan ialah ketika unloading, sewaktu unloading, kemungkinan barang-barang yang masuk adalah tidak halal, oleh itu tempat tersebut perlu dikira sebagai HCP.

HCP

Halal-Toyyiban Critical Control Point,akronimnya HCP, dengan pengenalpastian titik kawalan kritikal ia membolehkan anda mencegah,mengawal dan menentukan tindakan-tindakan yang perlu dan sesuai untuk mengelakkan daripada berlakunya cross contamination.

Halal dan Toyyiba.

Terdapat 2 elemen yang perlu diambil kira ketika pengenalpastian HCP, yang pertama dari aspek halal yang ni tidak ada pencampuran antara halal dan haram dan yang kedua dari aspek kebersihan,hygiene dan keselamatan makanan itu atau dalam erti kata lain HACCP . Jadi yang menariknya dengan pengaplikasian standard ini,pihak syarikat pada masa yang sama boleh mengaplikasikan sistem HACCP.menarik bukan?

Konsep halalan-Toyyiban amat menarik sekali untuk diketengahkan.Namun demikian, halal bukan hanya semata-mata berdasarkan zat/jisim produk atau makanan tersebut semata-mata. Penulis tertarik dengan definasi yang diberikan oleh Tuan Haji Ahmad Tajuddin Arshad,melalui bukunya yang bertajuk Halalan-Toyyiban, definasi yang dapat penulis simpulkan mengenai Thoyyiba ialah makanan yang halal yang baik,menyihatkan dan menguatkan tubuh badan sehingga ada kekuatan untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. wallahu’alam

Thursday, July 29, 2010

JAKIM perlu perkenalkan logo HARAM

1. Kini lambakan barangan atau produk haram bagi ummat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan ummat Islam . Lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

2. Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap ummat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab .

3. Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti JAKIM , pihak berwajib ini juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk - produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan ummat Islam .

4. Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal , saya kira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo Haram untuk menjauhkan masyarakat ummat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram .

5. Sebelum ini , telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal , sementara pihak JAKIM tidak mempunyai skuad yang memadai untuk membuat pemantauan yang serius.

6. Saya jangka , andainya JAKIM mengisytiharkan produk - produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo Haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut , peluang untuk lambakan barangan haram dipasaran akan menjadi lebih kecil . Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo Haram jika mereka benar - benar mahu mencari produk halal di pasaran.

7. Sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod - kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel. Kod - kod barangan yang mengandungi bahan - bahan haram hendaklah diganti dengan logo Haram .

8. Jika logo Haram dapat dikuatkuasa , maka mudahlah bagi JAKIM yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau , justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran .

9. Risiko pemalsuan logo Haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal . Lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna .

10. Kaedah Islam , asal sesuatu perkara [ produk ] ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram . Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal . Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu Logo Haram bukan logo halal .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Thursday, July 22, 2010

Standard Halal MS 2400:2010 Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah Malaysia telah melangkah setapak lagi kehadapan apabila Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan standard halal terbaru yang menyentuh aspek logistic dan pergudangan. Dengan hadirnya standard halal terbaru ini (selepas ini akan disebut sebagai Halal-TAP) akan melengkapkan sistem rangkaian pengedaran makanan halal yang mana sebelum ini mana-mana pemain industry logistic,pergudangan dan peruncitan (selepas ini akan disebut WLR) jika ingin mendapatkan sijil halal hanya berpandukan kepada standard MS1500:2009 yang mana standard ini hanya sesuai digunakan bagi industri pengeluaran makanan sahaja.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 buah syarikat yang telah mendapat persijilan halal iaitu Kontena Nasional (JAKIM), MISC (HDC/JAKIM) dan Cold Chain Network (Ci Certification) dan ketiga-tiga syarikat ini sepanjang pengetahuan penulis menggunakan garis panduan halal yang sedia ada beserta manual halal khas yang disediakan oleh JAKIM (sila betulkan jika maklumat tidak tepat)
Hadirnya Halal-TAP ,proses meng’halalkan’ industry W&L ini akan berkembang rancak dan hasilnya rantaian makanan halal yang lengkap akan wujud,bermulanya dari ladang/kilang ke tempat penyimpanan,pengedaran,peruncitan dan akhirnya selamat sampai ke pada tangan konsumer.
Standard MS2400:2010, berasaskan prinsip Halalan Toyyiban yang bukan saja memberi tumpuan kepada ciri halal tetapi juga bersih dan selamat bagi seluruh keperluan dalam rantaian proses pengangkutan, pergudangan sehinggalah kepada peruncitan.
Selain komponen Syariah, standard MS2400:2010 turut menggabungkan ciri standard dan prinsip pengurusan berkualiti yang diiktiraf antarabangsa seperti Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Standard (ISO 2200)
Bagi penulis,hasil kajian yang dibuat dan perbandingan dengan MS1500, MS1900, IS02001 , MS1480, standard ini sebenarnya sudah cukup dan merangkumi ke empat-empat standard yang penulis bandingkan,erti kata lain standard ini sudah cukup lengkap bagi mewujudkan system pengurusan yang islamik dan halal bagi industry yang terlibat.
Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan yang boleh diperbaiki, InsyaAllah selepas ini jika ada kesempatan penulis akan memaparkan analisa standard ini pada penulisan yang lain.
Apa pun tahniah kepada Malaysia, namun bagi penulis satu kemusykilan ialah.. siapa yang akan bertindak sebagai certification body? Maklumat yang penulis dapat daripada akhbar mengatakan TUV Rheinland akan bertindak sebagai badan persijilan untuk standard halal ini, siapa mereka?kenapa bukan JAKIM? Alasan yang penulis dapat daripada sumber yang boleh dipercayai ialah JAKIM TIADA kepakaran,benarkah JAKIM?

Friday, June 11, 2010

Pernahkah anda mendengar perkataan Kosher?

Pernahkah anda mendengar perkataan Kosher?Tahukah anda apa itu Kosher? Dan pernahkah anda melihat logo kosher di label makanan yang anda beli? Kosher, kashrut, atau kasher menurut kacamata Yahudi merupakan makanan dan haiwan yang boleh dimakan. Sedangkan lawannya yang tidak boleh dimakan disebut trefa atau trayfah. Kedua istilah itu mirip dengan halal dan haram bagi umat Islam.
Pada kenyataannya memang ada hal-hal yang sama antara kedua pengertian tersebut. Kosher tidak menghendaki adanya unsur babi dalam makanan dan minuman. Selain itu haiwan harus disembelih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh dimatikan dengan cara dipukul, dipelintir, atau diterkam binatang buas.
Disebabkan pengertian dan cara yang sama, yahudi mengatakan bahawa Kosher boleh dimakan oleh umat islam, namun pada hakikatnya adalah berbeza.
Tidak serupa dan tidak sama.Meskipun ada kemiripan antara halal dan kosher, sebenarnya keduanya adalah berbeza. Ada barang haram yang termasuk didalam kategori kosher, dan sebaliknya ada juga makanan halal yang masuk dalam kategori treyfah.
Contoh makanan dan minuman yang masuk dalam kategori kosher tetapi tidak halal adalah minuman anggur (wine). Juga semua jenis gelatin (tanpa memandang terbuat dari binatang yang disembelih atau tidak dan semua jenis keju (tanpa melihat cara dan proses pembuatannya).
Perbezaan tersebut menyebabkan implikasi yang sangat luas dalam konteks makanan halal. Produk-produk yang mengandung gelatin boleh sahaja dianggap sebagai makanan kosher. Demikian juga minuman yang mengandung alkohol seperti wine, yang oleh ajaran Islam jelas-jelas haram walaupun dengan kadar yang sikit,berdasarkan kaedah fiqhiyyah “apa yang banyaknya haram,sedikit pun haram” . Namun di kalangan Yahudi masih diperbolehkan dengan jumlah tertentu.
Selain itu, ada juga makanan yang halal dan thayib menurut Islam, tetapi tidak kosher menurut Yahudi. Contohnya seperti, ikan yang tidak bersirip atau bersisik, kerang, dan tidak boleh makan daging bersama susu kecuali waktu makannya terpisah. Selain itu potongan-potongan daging tertentu, meskipun dari hewan yang halal, juga dianggap tidak kosher.
Dari penjelasan-penjelasan di atas, halal jelas tidaklah sama dengan kosher. Demikian juga haram tidak sama dengan treyfah. Keduanya memiliki dasar dan perlaksanaan yang berbeza.
Yahudi berusaha mempromosikan Kosher ke seluruh dunia dan menyatakan ia adalah yang terbaik berbanding halal,maka dengan itu umat islam tidak perlu ragu-ragu mengenai kosher, Namun pada hakikatnya ini merupakan salah satu cara untuk yahudi menghancurkan umat islam, ingatlah bahawasanya yahudi berusaha untuk menghancurkan islam sepertimana firman Allah taala yang bermaksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.