Thursday, July 22, 2010

Standard Halal MS 2400:2010 Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah Malaysia telah melangkah setapak lagi kehadapan apabila Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan standard halal terbaru yang menyentuh aspek logistic dan pergudangan. Dengan hadirnya standard halal terbaru ini (selepas ini akan disebut sebagai Halal-TAP) akan melengkapkan sistem rangkaian pengedaran makanan halal yang mana sebelum ini mana-mana pemain industry logistic,pergudangan dan peruncitan (selepas ini akan disebut WLR) jika ingin mendapatkan sijil halal hanya berpandukan kepada standard MS1500:2009 yang mana standard ini hanya sesuai digunakan bagi industri pengeluaran makanan sahaja.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 buah syarikat yang telah mendapat persijilan halal iaitu Kontena Nasional (JAKIM), MISC (HDC/JAKIM) dan Cold Chain Network (Ci Certification) dan ketiga-tiga syarikat ini sepanjang pengetahuan penulis menggunakan garis panduan halal yang sedia ada beserta manual halal khas yang disediakan oleh JAKIM (sila betulkan jika maklumat tidak tepat)
Hadirnya Halal-TAP ,proses meng’halalkan’ industry W&L ini akan berkembang rancak dan hasilnya rantaian makanan halal yang lengkap akan wujud,bermulanya dari ladang/kilang ke tempat penyimpanan,pengedaran,peruncitan dan akhirnya selamat sampai ke pada tangan konsumer.
Standard MS2400:2010, berasaskan prinsip Halalan Toyyiban yang bukan saja memberi tumpuan kepada ciri halal tetapi juga bersih dan selamat bagi seluruh keperluan dalam rantaian proses pengangkutan, pergudangan sehinggalah kepada peruncitan.
Selain komponen Syariah, standard MS2400:2010 turut menggabungkan ciri standard dan prinsip pengurusan berkualiti yang diiktiraf antarabangsa seperti Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Standard (ISO 2200)
Bagi penulis,hasil kajian yang dibuat dan perbandingan dengan MS1500, MS1900, IS02001 , MS1480, standard ini sebenarnya sudah cukup dan merangkumi ke empat-empat standard yang penulis bandingkan,erti kata lain standard ini sudah cukup lengkap bagi mewujudkan system pengurusan yang islamik dan halal bagi industry yang terlibat.
Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan yang boleh diperbaiki, InsyaAllah selepas ini jika ada kesempatan penulis akan memaparkan analisa standard ini pada penulisan yang lain.
Apa pun tahniah kepada Malaysia, namun bagi penulis satu kemusykilan ialah.. siapa yang akan bertindak sebagai certification body? Maklumat yang penulis dapat daripada akhbar mengatakan TUV Rheinland akan bertindak sebagai badan persijilan untuk standard halal ini, siapa mereka?kenapa bukan JAKIM? Alasan yang penulis dapat daripada sumber yang boleh dipercayai ialah JAKIM TIADA kepakaran,benarkah JAKIM?