Thursday, May 12, 2016

Pemberitahuan Program Pelupusan Mushaf al-Quran




Panitia Pendidikan Islam SKKS dgn kerjasama PIBG berbesar hati menjemput semua waris untuk hadir ke Program Pelupusan Mushaf Al-Quran dan Gotong Royong bersama Komuniti. 

Butiran program adalah seperti berikut : 
Hari : Sabtu, 14 Mei 2016
Waktu : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
Aktiviti : Pelancaran Program Pelupusan Al Quran, Penerangan dan demonstrasi cara2 melupuskan al quran, gotong royong sekitar kawasan sekolah.
Tuan- puan boleh membawa al quran/iqra' yg lusuh,tidak boleh dibaca,koyak utk dilupuskan pada hari tersebut.
Tuan puan juga boleh membawa barangan kitar semula untuk membantu menambah dana musolla al- imtiyaz SKKS
Semoga dengan kehadiran dan sokongan tuan puan waris anak-anak di SKKS dapat memberi manfaat yang besar kpd semua.
Terima kasih

Wednesday, May 4, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ANUGERAH IMARAH SURAU 2016



Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Program Imarah Surau 2016 yang diadakan pada 28 April yang lalu, Walaupun mempumyai kekangan masa,namun pihak panitia berusaha untuk memastikan program ini berjalan lancar. 







Saturday, April 23, 2016

Aktiviti : Mengecat tayar untuk lanskap


Jumaat 22 April 2016 :  Aktiviti mengecat tayar untuk landskap musolla sedang dilakukan. Terima kasih kepada PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum serta guru pelatih yang berbangsa India juga turut membantu.





Tuesday, February 2, 2016

Selamat Datang Puan Noormala Zainal Abidin dan En. Mior Darul Ridzuan


Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Noormala binti Zainal Abidin yang bertukar daripada SK Padang Menora sebagai Guru Besar SK Kampong Selamat yang baru. Juga diucapkan kepada En.Mior Darul Ridzuan daripada SK bertam Indah yang dilantik sebagai PK Pentadbiran. Mereka berdua memulakan tugas pada Januari yang lalu.


Guru Besar
Puan Noormala Zainal Abidin





PK Pentadbiran
En.Mior Darul Ridzuan