Tuesday, August 11, 2015

Tahniah SKKS! JK Persiapan Tempat MISS Kebangsaan 2015

Alhamdulillah, telah selesai program MISS Peringkat Kebangsaan 2015 yang secara rasminya tamat semalam. Tahniah diucapkan kepada SKKS kerana terlibat secara langsung sebagai JK persiapan tempat. Terima kasih kepada Puan Guru Besar, Puan Masita,Ustazah Hamidah,Ustazah Hani Nasirah,Ustazah AinilHayath,Ustazah Sumaiyah, Ustazah Solehah dan Ustaz Khairul Jamil atas sumbangan tenaga yang diberikan. Jazakumullahu khairan jaza'











Thursday, August 6, 2015

Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan

Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan. Program yang lebih dikenali dengan singkatan MISS ini menghimpunkan lebih 300 perserta daripada seluruh negara yang mana mereka berkumpul untuk bertanding di dalam pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan banyak lagi. Orang ramai juga boleh berkunjung ke Ekspo Pendidikan Islam sempena MISS 2015 yang diadakan di SMKA Al-Irsyad, Pokok Sena, Kepala Batas Pulau Pinang bermula 7-10 Ogos 2015. Pertandingan mewarna, master chef, boling padang, futsal, horse riding, Soopa doopa, Pasar Kemboja, jualan makanan dan minuman, Forum Perdana, Konsert Nasyid dan banyak lagi. Jom ramai-ramai kita memeriahkan suasana, membeli sambil beramal.








Saturday, July 25, 2015

Lawatan Pemantauan Oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah SPU


Khamis 23 Julai 2015 - Musolla Al-Imtiyaz telah dikunjungi oleh dua orang pegawai dari PPD SPU untuk pemantauan Pertandingan Surau Imarah 2015 . Secara keseluruhannya, pihak PPD berpuas hati dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah . Walaubagaimanapun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sebagai persediaan untuk ke peringkat seterusnya. InsyaAllah doakan semoga Musolla Al-Imtiyaz berjaya mewakili daerah SPU untuk ke peringkat negeri.








Friday, May 29, 2015

Program Menyemak Arah Kiblat bersempena peristiwa Istiwa' A'zam

Peristiwa Istiwa Agung (Istiwa' A'zam) merupakan salah satu peristiwa dimana matahari berada di atas titik zenith kaabah. Peristiwa ini berlaku sebanyak 2 kali setahun dan peluang ini diambil oleh orang islam untuk menyemak arah kiblat masing-masing.Untuk tahun ini,peristiwa ini berlaku pada 28 Mei 2015 tepat pada jam 5.16 ptg. Oleh itu, pihak surau Al Imtiyaz SKKS mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada beberapa murid SKKS tentang peristiwa ini. Walaubagaimanapun cuaca tidak mengizinkan untuk menyemak arah kiblat, namun sedikit sebanyak ilmu dan panduan yang diberikan dapat diamalkan pada masa depan. InsyaAllah moga diberi peluang untuk menyemak arah kiblat pada peristiwa kali kedua yang akan berlaku pada 16 Julai 2015 jam 5.28 ptg.