Friday, May 29, 2015

Program Menyemak Arah Kiblat bersempena peristiwa Istiwa' A'zam

Peristiwa Istiwa Agung (Istiwa' A'zam) merupakan salah satu peristiwa dimana matahari berada di atas titik zenith kaabah. Peristiwa ini berlaku sebanyak 2 kali setahun dan peluang ini diambil oleh orang islam untuk menyemak arah kiblat masing-masing.Untuk tahun ini,peristiwa ini berlaku pada 28 Mei 2015 tepat pada jam 5.16 ptg. Oleh itu, pihak surau Al Imtiyaz SKKS mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada beberapa murid SKKS tentang peristiwa ini. Walaubagaimanapun cuaca tidak mengizinkan untuk menyemak arah kiblat, namun sedikit sebanyak ilmu dan panduan yang diberikan dapat diamalkan pada masa depan. InsyaAllah moga diberi peluang untuk menyemak arah kiblat pada peristiwa kali kedua yang akan berlaku pada 16 Julai 2015 jam 5.28 ptg.




Monday, March 16, 2015

Projek Mural @ Tempat Wudhu'

Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang bertungkus lumus menyiapkan mural di tempat wudhu di hadapan surau. Lukisan mural yang cantik ini di hasilkan oleh guru-guru yang diketuai oleh Puan Zulidia, Puan Norziyati, Puan Hjh Norhayati Abu Bakar dan juga guru-guru lain yang turun membantu. Terima kasih di ucapkan!







Projek Membina Wakaf di hadapan Surau Al-Imtiyaz

Pihak sekolah dengan inisiatif  Puan Guru Besar telah memulakan proses membina wakaf untuk kegunaan pelajar-pelajar.  Kedudukannya yang strategik di hadapan surau membolehkan suasana pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dapat dilakukan di kawasan ini apabila siap kelak. Terima kasih kepada guru-guru yang membantu terutama En. Abd Rashid, En.Mohd Zamri, Ustaz Khairol Jamil, En Rizal, En. Mohd Ayob dan juga guru lain yang memberi sumbangan dari segi tenaga dan material.







Thursday, February 19, 2015

Gotong Royong Surau Imtiyaz


18 Feb 2015 - Hari Rabu yang lalu satu sesi gotong royong Surau Al-Imtiyaz telah diadakan bersama-sama guru-guru dan juga staf sekolah. Pelbagai aktiviti 'mengemas' telah dijalankan seperti mengecat surau, memasang komputer, membuat mural di tempat wudhu' surau, mengemaskini papan info dan juga beberapa aktiviti lain. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi nafas baru kepada Surau Imtiyaz dan juga kawasan persekitarannya. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen dan sokongan .