Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menubuhkan unit persijilan halal di setiap negeri dalam usaha memudah dan memperkemaskan persijilan halal di negara ini.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata penubuhan unit itu telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 12 Oktober lalu.
"Antara objektif utama penubuhan unit persijilan halal itu ialah untuk menyeragamkan mekanisma persijilan halal di setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia Ke-84 di Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka, hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini, permohonan sijil halal boleh dibuat terus secara online melalui laman web www.halal.gov.my.
Wan Mohamad berkata, sebuah institut untuk memantau persijilan halal akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan.
"Institut bernilai RM27.5 juta itu mempunyai makmal yang boleh kesan bahan sama ada halal atau tidak. Sebelum ini kita bergantung kepada Jabatan Kimia untuk kesan," katanya.
Wan Mohamad berkata, institut yang dijangka siap pada akhir 2013 itu bakal mempercepatkan proses persijilan halal serta memperkemas proses pemantauan status halal di negara ini.
Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Ghazale Muhamad.
Seramai 60 ketua jabatan/majlis agama Islam negeri serta agensi berkaitan menghadiri persidangan tiga hari yang bermula semalam.
http://malaysiakini.com/news/148041
Friday, November 12, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Halalan-Toyyiban Committee
Monitor, identify and record any problems with regard to the processes and the halalan-toyyiban system;
Report any problem encountered related to the implementation of Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline to the halalan-toyyiban leader for further action.
Report any problem encountered related to the implementation of Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline to the halalan-toyyiban leader for further action.
Halalan-Toyyiban Leader’s Responsibilities
• Ensure that the halalan-toyyiban management system is established, implemented and maintained in accordance with this standard
• Organize and coordinate the halalan-toyyiban activities
• Perform verification and validation activities on the Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline
• Initiate corrective actions and controls to the processes including product recall and withdrawals until the deviation or the unsatisfactory condition related to halalan-toyyiban requirements have been corrected.
• Initiate preventive action to prevent recurrence that will affect the halalan-toyyiban status; and
• Report on the suitability and effectiveness of the halalan-toyyiban system for management review.
• Organize and coordinate the halalan-toyyiban activities
• Perform verification and validation activities on the Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline
• Initiate corrective actions and controls to the processes including product recall and withdrawals until the deviation or the unsatisfactory condition related to halalan-toyyiban requirements have been corrected.
• Initiate preventive action to prevent recurrence that will affect the halalan-toyyiban status; and
• Report on the suitability and effectiveness of the halalan-toyyiban system for management review.
Tuesday, October 5, 2010
Sejarah ringkas persijilan Halal



Tahukah anda bahawa persijilan halal sebenarnya bermula pada awal tahun 1960-an oleh sebuah badan NGO di Amerika Syarikat dan negara Barat lain untuk memastikan hanya daging halal sahaja yang dibekalkan untuk kegunaan penduduk Islam minority di Negara tersebut. Kemudiannya ia diperluaskan lagi dengan persijilan halal untuk produk gunaan lain. Banyak Negara telah mengadaptasikan sistem persijilan halal ini berikutan permintaan perniagaan yang tinggi.
Program persijilan halal di peringkat kerajaan dimulakan oleh Indonesia pada awal 1970-an dan telah dibangunkan kepada satu program persijilan halal yang teratur. Kerajaan Malaysia juga telah membangunkan program persijilan halalnya sendiri, Malaysia melalui JAKIM telah mewujudkan prosedurnya untuk mengiktiraf badan persijilan luar Negara. Malaysia telah berjaya membangunkan standard Halal pertamanya di dunia iaitu MS1500:2004 dan kini dikemaskini dengan edisi baru MS 1500:2009. Pada tahun ini juga kerajaan Malaysia telah melancarkan 2 lagi standard baru iaitu MS 2400:2010 Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline khusus untuk warehouse, logistics dan peruncitan, dan MS 2200:2008 Islamic Consumer Goods - Part 1: Cosmetic and Personal Care - General Guidelines. Dengan adanya standard-standard ini,Malaysia telah berjaya melengkapkan rantaian persijilan halalnya di Malaysia. Menyedari akan pentingnya persijilan halal kepada kesan ekonomi, negara-negara Asia lain juga tidak ketinggalan untuk mewujudkan program persijilan halalnya sendiri Singapura, Filipina, Thailand dan yang terbaru Brunei.
Program persijilan Halal di Negara minoriti Muslim dijalankan oleh Badan Persijilan Swasta. Badan tersebut memainkan peranan yang penting dalam membantu melicinkan aktiviti mengeksport daging halal dan produk gunaan ke negara Muslim lain dengan menyediakan perkhidmatan persijilan halal dan perkhidmatan pemantauan. Bagaimanapun tidak semua badan persijilan swasta ini diberi pengakreditasian oleh pihak berkuasa negara-negara pengimport. Sebagai contoh di USA, terdapat 40 buah badan persijilan Halal namun yang diberi pengiktirafan/akreditasi oleh JAKIM hanya 3 buah badan sahaja yang diberikan pengiktirafan
Di United Kingdom, lebih 20 organisasi berperanan sebagai badan persijilan halal yang kebanyakannya untuk pasaran domestik. Berbeza dengan Malaysia yang mempunyai standard halalnya sendiri, skop dan kualiti yang digunakan oleh organisasi persijilan halal di UK bergantung kepada tahap kepakaran dan pemahaman tentang sains pemakanan dan Undang-undang Shariah.
Industri makanan halal semakin berkembang seiring dengan pertambahan permintaan oleh penduduk Islam,bahkan bukan Islam juga semakin ramai yang berminat dengan makanan halal.Dianggarkan penduduk muslim dunia akan mencecah 2.6 billion penduduk pada tahun 2050 . Diharap industri ini dapat berkembang baik pada masa hadapan.
Sumber :
Dr Azhar ul-Haq Lodhi;Understanding Halal Food Supply Chain,HFRC UK Ltd London,UK,2009, pg 79
Islamic Organizations Recognized By JAKIM, July 2010
Dr Azhar ul-Haq Lodhi;Understanding Halal Food Supply Chain, pg 26
Subscribe to:
Posts (Atom)