Wednesday, August 10, 2016
TAHFIZ CILIK SKKS : MUHAMMAD MUIZZUDDIN B. ABD HALIM
ADIK MUIZZUDDIN BIN ABD HALIM
Murid tahun 2 Maju ini telah diberikan gelaran tahfiz cilik oleh pihak sekolah kepada beliau.
telah menghafaz juzu' amma, surah al-mulk, al-waqiah, assajadah, al insan. Bagi murid sekolah kebangsaan ianya merupakan luar biasa. Sokongan padu dari keluarga membolehkan adik Muizzuddin menghafal al-Quran dengan baik. Semoga sentiasa diberkati Allah!
Wednesday, August 3, 2016
Sentuhan Rohani Bersama Iwan Syahman
1 OGOS 2016 - Alhamdulillah pihak sekolah melalui panitia Pendidikan Islam telah menerima sentuhan dakwah daripada artis dakwah terkenal Malaysia iaitu saudara Iwan Syahman. Banyak kata-kata nasihat yang telah diberikan beliau kepada anak-anak SKKS dan terutama sekali pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Semoga dengan kehadiran beliau dapat memberi kesan positif kepada warga SKKS insyaALLAH.
Saturday, July 2, 2016
Sunday, June 19, 2016
Jom Imarah Surau !
Pesanan Sultan Muhammad Al Fateh (Penakluk Constantinople)
"Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa kanak kanak riang diantara saf saf solat di masjid masjid, maka sesungguhnya takut lah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masa itu"
Sempena bulan ramdhan yang mulia dan penuh barakah ini. Marilah bersama-sama kita mengimarahkan rumah-rumah Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)