Thursday, April 26, 2018
Tahniah ! Adik Fudhla Ruhie bakal wakili Pulau Pinang
Pihak Sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Fudhla Ruhie Bt Suhaimi atas kejayaan beliau dalam mengekalkan kejayaan sempena Pertandingan Tilawah al-Quran (MTQSS) peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018, sekaligus melayakkan beliau mewakili negeri Pulau Pinang untuk ke peringkat Kebangsaan yang dijangka akan dilangsungkan di negeri Johor pada Julai ini.
Wednesday, July 19, 2017
Musolla al-Imtiyaz : Persediaan menerima lawatan panel penilai daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Musolla al-Imtiyaz bakal menerima lawatan daripada panel penilai daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang bersempena dengan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Pelbagai persediaan telah dilakukan dan telah dibantu oleh semua warga sekolah bermula daripada pekerja am,staf sokongan, guru-guru, barisan pentadbir yang cukup komited dan juga murid-murid. InsyaAllah semoga dengan usaha ini mampu menarik minat anak-anak SKKS untuk mendekatkan diri dengan surau dan sekaligus dapat beribadah dengan sempurna.
InsyaAllah SKKS Boleh!!
Thursday, June 22, 2017
Majlis Khatam Al-Quran 2017 dan Sumbangan Hari Raya
22 Jun 2017 - Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam bersama-sama Musolla Al-Imtiyaz berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran sempena Bulan Penghayatan Islam dan Ihya Ramadhan.
Majlis diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh adik Fudhla Ruhie, wakil Tilawah Al-Quran Pulau Pinang, dan juga ceramah di ambang Syawal yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yunus bin Yusuf.
Thursday, June 15, 2017
Lawatan Penilaian Musolla Imarah oleh PPD Utara
14 Jun 2017 - Musolla al-Imtiyaz telah menerima lawatan penilaian oleh panel penilai dari PPD Utara yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli, Penolong Pegawai PPD SPU. Penilaian merangkumi aspek fizikal, aktiviti, sistem fail dan juga program inovasi. Pelbagai teguran dan cadangan telah dikongsikan oleh pihak penilai dan ianya sedang dan akan diambil tindakan oleh pihak panitia. Diharap Musolla Al-Imtiyaz dapat mewakili daerah Utara dalam kategori Musolla Sekolah Rendah untuk Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
















