Monday, July 2, 2018

Lawatan Penanda Aras : SK Ara Rendang

Pihak SK Kampong Selamat berbesar hati menerima kunjungan daripada Pentadbir dan GPI SK Ara Rendang ke Musolla al Imtiyaz. Pelbagai idea dan pendapat dikongsi bersama sepanjang lawatan ini.




Tuesday, June 5, 2018

Musolla al-Imtiyaz bersedia untuk penilaian 2018


Musolla al-Imtiyaz untuk tahun yang ke 4, bersedia untuk menyertai pertandingan ASISS 2018. pelbagai persediaan telah dilakukan oleh warga SKKS yang kini dikemudi oleh tuan Guru Besar, En Shazli bin Talib.  berikut merupakan rangkuman gambar-gambar perseiaan yang dilakukan oleh warga SKKS sejak daripada awal tahun ini.












Bacaan mingguan surah Yasin dan Mathurat


Warga SKKS setiap minggu pada pagi Jumaat membaca surah yasin dan mathurat secara bergilir-gilir. Bacaan akan diketuai oleh murid-murid yang akan dipantau oleh para asatizah.









Thursday, May 17, 2018

Selamat Berpuasa !


Pihak Jawatankuasa Musolla Al-Imtiyaz dan juga Panitia Pendidikan Islam SK Kampong Selamat mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKKS dan juga umat Islam seluruhnya.




Thursday, May 10, 2018

Program Tarannum Bersama Abg Rifqy


Musolla al-Imtiyaz telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kelas tarannum al-Quran bagi murid-murid yang berminat dan berkebolehan untuk membaca al-Quran secara berlagu. Kelas ini diadakan dengan kerjasama alumni SKKS iaitu Saudara Mohd Rifqy yang merupakan wakil SKKS dalam pertandingan tilawah al-Quran antara tahun 2011-2013. Kini beliau yang sedang menuntut di Maktab Mahmud Yan datang menabur bakti membantu anak-anak SKKS untuk terus cemerlang dalam bidang tarannum al-Quran.










Thursday, April 26, 2018

Tahniah ! Adik Fudhla Ruhie bakal wakili Pulau Pinang


Pihak Sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Fudhla Ruhie Bt Suhaimi atas kejayaan beliau dalam mengekalkan kejayaan sempena Pertandingan Tilawah al-Quran (MTQSS) peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018, sekaligus melayakkan beliau mewakili negeri Pulau Pinang untuk ke peringkat Kebangsaan yang dijangka akan dilangsungkan di negeri Johor pada Julai ini.


Wednesday, July 19, 2017

Musolla al-Imtiyaz : Persediaan menerima lawatan panel penilai daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang


Musolla al-Imtiyaz bakal menerima lawatan daripada panel penilai daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang bersempena dengan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Pelbagai persediaan telah dilakukan dan telah dibantu oleh semua warga sekolah bermula daripada pekerja am,staf sokongan, guru-guru, barisan pentadbir yang cukup komited dan juga murid-murid. InsyaAllah semoga dengan usaha ini mampu menarik minat anak-anak SKKS untuk mendekatkan diri dengan surau dan sekaligus dapat beribadah dengan sempurna.


InsyaAllah SKKS Boleh!!









Thursday, June 22, 2017

Majlis Khatam Al-Quran 2017 dan Sumbangan Hari Raya



22 Jun 2017 - Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam bersama-sama Musolla Al-Imtiyaz berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran sempena Bulan Penghayatan Islam dan Ihya Ramadhan. 
Majlis diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh adik Fudhla Ruhie, wakil Tilawah Al-Quran Pulau Pinang, dan juga ceramah di ambang Syawal yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yunus bin Yusuf.












Thursday, June 15, 2017

Lawatan Penilaian Musolla Imarah oleh PPD Utara


14 Jun 2017 - Musolla al-Imtiyaz telah menerima lawatan penilaian oleh panel penilai dari PPD Utara yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli, Penolong Pegawai PPD SPU. Penilaian merangkumi aspek fizikal, aktiviti, sistem fail dan juga program inovasi. Pelbagai teguran dan cadangan telah dikongsikan oleh pihak penilai dan ianya sedang dan akan diambil tindakan oleh pihak panitia. Diharap Musolla Al-Imtiyaz dapat mewakili daerah Utara dalam kategori Musolla Sekolah Rendah untuk Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah 2017 







Thursday, March 9, 2017

Sembelihan Menurut Syarak


Sedikit perkongsian mengenai sembelihan yang boleh dikongsi bersama: