Daripada al-Hasan bin Ali r.a., katanya, saya hafal sesuatu sabda dari Rasulullah s.a.w.:
"Tinggalkanlah apa-apa yang meragu-ragukan padamu, beralih kepada apa-apa yang tidak meragu-ragukan padamu."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com
Friday, July 31, 2009
Tuesday, July 28, 2009
Kelebihan Menjadi Orang Kaya
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Orang-orang yang berharta banyak itu pergi dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal."
Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa demikian?"
Mereka menjawab: "Kerana mereka dapat bersolat seperti kami, mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah, sedangkan kita tidak dapat bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan dan kita tidak dapat memerdekakan itu."
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorang pun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?"
Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."
Beliau kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih (Subhanallah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai bersembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali masing-masing. "
Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh sebab itu mereka pun mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu."
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang dlkurniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki. "
(Muttafaq 'alaih)

Kewajipan menyampaikan ilmu
Dari Abdullah bin Amr R.A. sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda: “ Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah menegnai bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa” Riwayat Al-Bukhari
Tuesday, July 21, 2009
Harta sebenar seorang manusia
Daripada Abdullah bin as-Sikhkhir r.a., bahawasanya ia berkata, saya datang kepada Nabi s.a.w. dan beliau sedang membaca ayat (yang ertinya) "Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyakkan kekayaan." (Surah At-Takaathur, Ayat 1)
Lalu beliau bersabda, "Anak Adam itu berkata, 'Hartaku, hartaku!'. Padahal harta yang benar-benar menjadi milikmu itu, hai anak Adam, ialah apa-apa yang engkau makan lalu engkau habiskan, apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau rosakkan atau apa-apa yang engkau sedekahkan lalu engkau lampaukan"
(Riwayat Muslim)

Monday, July 20, 2009
Tujuh macam orang yang dinaungi Allah
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :
1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

Sunday, July 19, 2009
HUKUM MELAKUKAN SAMAK NAJIS MUGHALAZAH MENGGUNAKAN SABUN TAHARAH
DEFINISI SAMAK
Dalam Bahasa Arab disebut sebagai Dibagh bermaksud pensuci mengikut pandangan Mazhab Syafie.
Mengikut ahli fiqh, samak dan perlaksanaannya dapat dibahagikan kepada samak terhadap kulit binatang iaitu selain binatang yang diharamkan, peralatan dan perkakasan dan terhadap sesuatu yang bersentuhan dengan najis mughallazah.
DALIL SAMAK
Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Rasullullah SAW pernah bersabda : sucinya bekas salah seorang diantara kamu, jika ada anjing minum di dalamnya, hendaklah membasuhnya 7kali, salah satunya dengan debu.”
Dari Ibn Mughaffal, ia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”
HUKUM MENYAMAK
Untuk menyucikan najis mughallazah wujud empat pendapat mazhab seperti berikut :
Al-Syafiiah dan Hanabilah berpendapat wajib dibasuh tempat yang terkena najis mughallazah sebanyak tujuh kali dan salah satu daripadanya dengan tanah dan tidak memadai tanah tersebut diganti dengan benda lain selain dari sabun, Ushnan dsb kerana perintah utk membasuh dgn tanah adalah perintah ta’abbudi.
Selain itu, pendapat lain dalam mazhab syafii menyatakan gantian tanah adalah memadai jika tiada tanah atau dikhuatiri tanah akan menyebabkan kerosakan pada peralatan atau pakaian .
Malikiah berpendapat disunatkan membasuh bekas yang terkena najis mughallazah sebanyak tujuh kali tetapi tidak wajib menggunakan tanah.
Hanafiah pula berpendapat wajib dibasuh tiga kali, lima kali atau tujuh kali.
Sebagai kesimpulannya para fuqaha tidak sependapat dalam mewajibkan penggunaan tanah semasa proses menyamak najis mughallazah.
Bagaimanapun, terdapat pendapat lain yang mengharuskan penggunaan bahan alternatif lain seumpama tanah sebagai ganti penggunaan tanah.
Tanah dicampur dengan benda asing tidak menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.
Pendapat Mufti/Fatwa Negeri mengenai sabun taharah
Beberapa Jabatan Mufti Negeri seperti Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, PPIM dan YADIM telah mengesahkan penggunaan sabun taharah untuk tujuan samak kerana mereka mendakwa terdapat 90% tanah liat.
Walaubagaimanapun, Jabatan Mufti negeri-negeri berbeza pendapat tentang kandungan tanah yang terdapat dalam sabun Taharah tersebut.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mendakwa hanya 5% sahaja kandungan tanah pada sabun tersebut, maka mereka tidak bersetuju sabun ini digunakan sebagai bahan samak.
Manakala Majlis Fatwa Negeri Selangor memutuskan tidak sah digunakan untuk bersuci atau menyamak kerana syarat sah bersuci adalah menggunakan tanah liat 100%.
Akibat daripada perbezaan pendapat antara negeri-negeri dalam melaksanakan fatwa tentang hal ini maka diajukan persoalan tersebut kepada Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 76
Tarikh : 21 - 23 November 2006
Keputusan Muzakarah :
" Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

Subscribe to:
Posts (Atom)